Labels

Saturday 17 July 2010

pengenalan sayuran


Sayuran amat mustahak kepada kesihatan kerana membekalkan vitamin-vitamin dan zat-zat
utama dalam pemakanan. Di samping itu juga sayuran membantu dalam proses penghadaman
bahan-bahan makanan dan bertindak sebagai pelawas dalam badan. Penanaman tanaman
sayuran terutama sayuran segar memberikan banyak manfaat seperti menyihatkan badan.
Penanaman sayuran yang diusahakan sendiri bukan sahaja menghasilkan tanaman yang segar
malah bersih dari sisa bahan kimia merbahaya dan menjimatkan belanja. Jika diusahakan
secara komersil ia juga boleh memberi keuntungan dan pulangan yang lumayan kepada
pengusaha-pengusahanya.

Tanaman jenis sayuran terbahagi kepada 5 kumpulan utama iaitu
  1. sayuran berdaun (sawi,bayam, kangkung, kailan dan lain-lain),
  2. sayuran bebawang (bawang putih, bawang merah,bawang besar),
  3. sayuran berbuah (tomato, terung, cili, bendi, peria, mentimun),
  4. sayuran kekacang (kacang panjang, kacang buncis, kacang botor, kacang tanah),
  5. sayuran berubi atau umbisi (ubi keledek, ubi kayu, sengkuang dan lobak).
...

Pelajar dapat:

1. mengenalpasti jenis dan spesies sayuran.
2. mengenalpasti jenis dan rupa bentuk biji benih sayuran.
3. membandingkan dan membezakan morfologi daun setiap jenis sayuran.


...

Jenis dan maklumat sayur.

Tanaman daun :

Sawi



Program Buku Hijau.


Tahniah kepada Fakulti Sains Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) kerana telah berjaya menerbitkan Modul Program Buku Hijau (AFS 2001).

Program Buku Hijau adalah kursus wajib 2(0+2) kredit yang perlu didaftarkan dan pelajar dikehendaki menjalani empat (4) siri daripada enam (6) siri yang ditetapkan. Ini memastikan setiap pelajar mendapat pengetahuan dan pengalaman luas berkenaan dengan segala perusahaan pertanian dan penternakan serta berkemahiran menggunakan jentera pertanian dan peralatan yang lain.

Program Buku Hijau menjadi landasan ke arah mengkomersilkan dan menjadi pusat pengeluaran hasil tani dalam masa yang terdekat serta menjadi tumpuan aktiviti akademik, penyelidikan dan pengembangan.
Program Buku Hijau dijalankan selaras dengan kehendak pendirian ekonomi dengan
menitikberatkan kepada kesanan masa, tenaga dan harga sambil menilai dan
mempraktikkan prinsip pertanian yang baik.

Pelajar adalah bakal pemimpin dan pegawai yang bertanggungjawab yang berkesan jika mempunyai pengetahuan hands-on yang kukuh dalam bidang pertanian dan tidak beranggapan yang mereka digunakan sebagai buruh kasar untuk menjalankan kerja ladang. Melalui Program Buku Hijau ini, pelajar dan pegawai yang terlibat boleh merancang dan
menguruskan pelaksanaan Program Buku Hijau dengan sempurna.

Pegawai akademik akan menjadi pembimbing, memberi tunjuk ajar yang cemerlang bagi mengembangkan minda serta pengalaman di samping menilai prestasi dan kualiti pelajar setelah melalui Program Buku Hijau. Rekod, maklumat dan penilaian diperolehi dari Program Buku Hijau boleh dijadikan rujukan pelajar dan pensyarah.